Martinus Asworo dan Chatarina Wiedyawati @ Wiwit mula menjalin hubungan serius sejak 9 Mac 2016. Maka pada bulan Disember tahun lalu Asworo mengunjungi keluarga besar Wiwit dan terus melamarnya.
“Di Yogya saya sempat bertemu ibubapa Wiwit. Saya beritahu ingin menikahi Wiwit dan semua mereka bersetuju,” kata Asworo.
Setelah pertemuan itu, keduanya merancang untuk berkahwin pada 5 September 2017. Malah segala persediaan sudah dilakukan, seperti mencari hadiah, mengurus dokumentasi dan gambar pra perkahwinan.
Pada 7 Mei yang lalu, Asworo dan Wiwit sepakat pergi ke Yogyakarta untuk membeli hadiah dan gambar pra perkahwinan. Asworo berjanji akn berusaha mencari pinjaman kewangan untuk membeiayaia perkahwinan mereka.“Tanggal 7 Mei mahu ke Yogya untuk persiapan dan perlengkapan. Saya iyakan saja, kata Wiwit yang penting wang sudah ada,” kata Asworo.
Menurut Asworo, Wiwit melalui ibubapanya yang menyiapkan biaya resepsi perkahwinan mereka, termasuk membayar wang pendahuluan.
Malah Wiwit juga sudah membayar wang pendahuluan untuk wedding organizer yang akan mempersiapkan perkahwinan mereka.
“Saya hanya membantu sedikit, seperti biaya Sekar Ayu (wedding organizer) itu dari wang kami berdua,” sambung Asworo lagi.
Pada hari yang ditetapkan kira-kira pukul 6 petang Asworo menjemput Wiwit dengan kereta sewa jenis Innova dari rumahnya. Namun Asworo belum memiliki wang untuk menampung bayaran pendahuluan resepsi perkahwinan mereka.
Pada 6 Mei Asworo mengungkapkan masalahnya kepada Wiwit saat mereka merancang terbang ke ke Yogyakarta. Sepanjang perjalanan dalam kereta, keduanya sering bertengkar.
Tiba di Palembang pukul 10.00 malam, mereka langsung menuju ke hotel di Jalan Anwar Sastro dan merancang untuk ke lapangan terbang untuk ke Yogyakarta keesokan harinya.
Setibanya di hotel, mereka kembali bertengkar hingga akhirnya Asworo meninggalkan Wiwit menginap di hotel sendirian, sedangkan Asworo memilih pulang ke tempatnya di daerah Bangau.
“Saya cakap tidak ada wang, terus bertengkar. ‘Kenapa belum ada wang, katanya sudah siap?’ Terus saya jawab belum dapat wangnya,” ujar Asworo.
Asworo merasa terdesak apabila menemui jalan buntu. Dia pun membatalkan rancangan pergi ke Yogyakarta, sebaliknya merancang untuk membunuh Wiwit dan mengambil harta bendanya.
Pada keesokan harinya, kira-kira pukul 5.00 pagi Asworo menjemput Wiwit dari hotel. Dia meyakinkan Wiwit rancangan untuk terbang ke Yogyakarta tetap diteruskan.
Asworo pun membawa Wiwit, tapi bukan melalui jalan biasa, sebaliknya mengikut jalan pintas dari Sekip menuju Kenten dan tembus ke Jalan Nurdin Panji dan akan sampai ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II.
Tiba di Jalan Nurdin Panji, Asworo melencongkan keretanya ke Jalan Sungai Sedapat, menjauh dari jalan menuju ke lapangan terbang. Apabila sampai di tempat yang sunyi, Asworo pun melakukan niatnya!“Saya terus memukul Wiwit pakai kunci stering kereta. Saya tidak sedar, saya tarik ke kerusi belakang sebelah kiri, lalu saya pukul di mukanya lagi beberapa kali. Waktu itu keadaannya tinggal nyawa-nyawa ikan. Saya periksa nadinya masih ada, lalu saya tarik keluar dan buang ke dalam semak,” tutur Asworo.
Selepas itu Asworo mengambil beberapa barangan milik Wiwit. Antaranya rantai emas, telefon bimbit, kad atm dan sedikit wang. Kemudian dia segera pulang ke rumahnya.
“Saya ambil kamera dari rumah dan langsung kembalikan kereta yang sudah dicuci,” ucapnya.
Selesai semuanya dia pun menjual rantai emas Wiwit dan motosikal miliknya. Selepas itu dia pergi ke Lampung menggunakan kenderaan awam.
Selesai semuanya dia pun menjual rantai emas Wiwit dan motosikal miliknya. Selepas itu dia pergi ke Lampung menggunakan kenderaan awam.
Tiga hari selepas dibunuh, mayat Wiwit yang sudah membusuk dijumpai tanpa identiti diri.
Asworo menyedari yang dirinya menjadi buruan pada 14 Mei yang lalu. Untuk mengelak dikesan dia terpaksa berpindah tiga kali semasa di Lampung.
Asworo menyedari yang dirinya menjadi buruan pada 14 Mei yang lalu. Untuk mengelak dikesan dia terpaksa berpindah tiga kali semasa di Lampung.
Bermodalkan wang hasil penjualan motor miliknya, Asworo masih sempat pergi ke cybercafe untuk membuat akaun email baru dan kemudian membuat akaun facebook palsu bernama Indra Setiawan.
Tujuannya untuk memantau komen-komen yang diluahkan netizen di akaun Facebook aslinya, Azz Martinus dan akaun kekasihnya Chatarina Wiedyawati.
Untuk menghindari kecurigaan masyarakat sekitar, Asworo terpaksa memakai masker ke mana saja, baik saat hendak pergi ke cybercafe mahupun ke warung untuk membeli makanan.
“Saya berpura-pura batuk dan demam,” ucapnya.
Akhirnya penyamaran dan tempat persembunyiannya terbongkar.
Ditanya apakah dia menyesal membunuh Wiwit?
“Iya pastinya menyesal,” ujarnya singkat.
“Iya pastinya menyesal,” ujarnya singkat.